Aku duduk di balkoni rumahku; sambil minum secawan kopi, aku merenung jauh:
Atas nama kehidupan ini, beberapa lembaran rahsianya rasa bagai terhurai sudah dalam kata-kata yang tersusun di sehelai demi sehelai mukasurat tebal buku yang kubaca itu;
Tersirat dan tersurat dalam ayat serta bahasa persuratannya:
Kata-kata hikmah nan jadi pembuka minda dan peransang kendiri!
Begitulah teransangnya hati dan segenap budi Untuk terus menceduk rahsia kehidupan nan terakam lewat bacaan buku-buku yang ada itu.
Aku duduk di balkoni rumahku; sambil minum secawan kopi, aku merenung jauh...
*********
SETITIK HUJAN YANG TURUN
Hujan bagi seorang musafir Adalah rahmat Yang turun Bagai airmata;
Hujan bagi seorang musafir Adalah kelembutan Yang turun bersertakan keshyaduan Membasuh segala amarah hatinya;
Hujan bagi seorang musafir Bila tiada turun bagai begitu lama Bak tak tumpah Seperti menjadi Gurun Sahara Yang terik menjadi bumi dibakar, Sebagaimana ia tandus dengan air Derita cinta pada kesegaran dunia.
Hujan bagi seorang musafir Adalah cinta Yang mengalir Tumpah pada satu Kesyukuran budi.
Pramoedya Ananta Toher lahir pada tahun 1925 di Blora, Jawa Tengah, Indonesia. Usianya banyak terhabis dalam penjara - dari 13 Oktober 1965 hinggalah 21 Disember 1979. Bahkan setelah dibebaskan dari penjara, beliau dikenakan berbagai tahanan -... more
Salam buat yg empunya laman, izinkan saya mampir sebentar dan menjenguk karya2 tuan yg indah ini. Jika sudi, sila singgah ke teratak saya yg tidak seumpama itu dan jgn segan2 utk menegur mane yg silap. Maklomlah saya baru nak belajar merangkak. :)
Saya sebenarnya singgah di Lelaman Dr. dek tertarik dengan tajuk puisi yang seakan ada persamaan di Lelaman saya -- walaupun inti "Sejambak Bunga" hiasan Lelaman kita ternyata ada bedanya.
Namun ia juga yang menemukan kita di alam maya cyber rupanya! Salam perkenalan dan harap Dato' senang untuk ber"adventurous" sama dalam menyelami citra minda insani ini...